BAYARAN-BAYARAN YANG DIKENAKAN
1) Bayaran Pendaftaran :
a) PERCUMA bagi permohonan baru (Borang A).
b) PERCUMA bagi permohonan berikutnya (Borang P).
2) Bayaran selepas perbicaraan :
Bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada Peraturan 18,
Peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil 1955, secara ringkas adalah seperti
berikut :
i) Bayaran perintah berdasarkan nilai
terkini harta peninggalan simati.
(a) jika nilaiankeseluruhan harta
simati antara RM 1.00 hingga
RM 10.00
RM 1,000.00
(b) jika nilaian harta RM 1.001.00
hingga RM 50,000.00
RM 30.00
(c) jika nilaian adalah RM 50,001.00
dan ke atas
0.2 % daripada nilaian keseluruhan
ii) salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan
pertama dan RM 5.00 bagi tiap-tiap salinan yang diperlukan seterusnya.
iii) Salinan perintah pembahagian ang diperlukan oleh mana-mana orang
selain daripada pentadbit / waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan
pertama dan RM 10.00 bagi salinan kedua dan setiap salinan seterusnya.
iv) Sekiranya ada permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi, bayaran yang
akan dikenakan adalah seperti berikut:
(a) RM 50.00 bagi bayaran rayuan.
(b) RM 1500.00 bagi bayaran deposit.
(c) Bayaran menyediakan salianan dokumen yang
dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM 30.00. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM 10.00.
v) Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama nota perbicaraan adalah
sebanyak RM 30.00 setiap folio 100 (seratus) patah perkataan atau sebahagian
daripadanya, dan RM 10.00 bagi salinan kedua / seterusnya 100 patah perkataan
atau sebahagian daripadanya.
PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN
1) Setelah perrintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah
mengemukakan hakmilik tanah atau geran ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan
pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
2) Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan
perintah pembahagian ke agensi / institusi yang bertanggungjawab terhadap harta
alih tersebut.
PENTINGNYA PERMOHONAN DI BUAT SEGERA
1) Mengelakkan bilangan waris yang ramai ekoran daripada kematian
berlapis.
2) Memudahkan proses pembahagian pusaka dibuat.
3) Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua
waris.
4) Mengelakkan harta simati beku atau terbiar tidak diurus.
5) Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
6) Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan ,
atau koperasi, saham-saham, bon dan sebagainya dipindahkan kepada Kumpulan Wang
Tak Dituntut.
No comments:
Post a Comment