Sunday, 19 October 2014

TUJUAN PORTAL, DEFINISI HPK & SIAPA YANG BOLEH MEMOHON.



TUJUAN PORTAL

1) Sebagai panduan ringkas tentang prosedur permohonan pembahagiab harta pusaka kecil.

2) Memupuk kesadaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan membuat permohonan penbahagian pusaka dengan segera sebaik berlakunya kematian pemilik harta.


DEFINISI HARTA PUSAKA KECIL

Harta pusaka kecil merupakan harta peninggalan simati yang mempunyai ciri-ciri berikut :

a) Simati tidak meninggalkan wasiat (bagi simati bukan Islam).

b) Harta itu terdiri daripada :
    
     i) Harta Tak Alih / Tanah sahaja.
     ii) Harta Tak Alih / Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan dan sebagainya.

c) Jumlah nilai harta keseluruhannya tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh permohonan dibuat.


SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?

Antara pihak yang boleh membuat permohonan pembahagian pusaka simati adalah :

a) Waris kepada simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, dan Majlis Agama Islam / Baitulmal.

b) Pemiutang dan pengkaveat.

c) Pempeli di bawah Perjanjian Jual Beli yang sah.

d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan ranah simati.

e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah.


f) Amanah Raya Berhad.

No comments:

Post a Comment