Di manakah permohonan pembahagian Harta Pusaka Kecil
boleh dibuat ?
- Permohonan
boleh dibuat di Seksyen Pembahagian Pusaka. JKPTG mempunyai 36 unit di
seluruh negara dan setiap unit bertanggungjawabkepada beberapa daerah.
- Permohonan
boleh dikemukakan di Unit Pembahagian Pusaka di mana terdapatnya harta tak
alih si mati di daerah tersebut. Namun bagi daerah yang tidak terdapat
Unit Pembahagian Pusaka, urusan penerimaan permohonan boleh dibuat melalui
Pejabat Tanah di daerah berkenaan.
- Sekiranya
si mati mempunyai harta tak alih di beberapa tempat sama ada di dalam
negeri yang sama atau berlainan, maka permohonan hendaklah dikemukakan di
satu tempat sahaja tanpa mengambil kira nilaian hartanah yang teringgi.
- Walaubagaimanapun waris boleh memohon agar kes berkenaan diselesaikan di daerah yang lain bagi kemudahan semua waris dengan syarat si mati turut mempunyai harta di daerah yang hendak dipindahkan. Permohonan pindah boleh dibuat secara bertulis dengan mengemukakan alasan permohonan tersebut kepada Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan.
Menghadiri Perbicaraan.
- Semua
dokumen asal bagi bukti kematian, hak milik tanah, kad pengenalan, surat
beranak, surat nikah, bukti pemilikan harta alih dan lain-lain dokumen
yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa perbicaraan.
2. Semua pihak yang dinyatakan di dalam Notis
Perbicaraan dikehendaki hadir pada hari perbicaraan yang ditetapkan.
3. Semua keterangan semasa perbicaraan akan
direkodkan secara bersumpah.
4. Mana-mana waris yang dikehendaki hadir pada hari
perbicaraan namun tidak dapat hadir boleh mengemukakan Borang Persetujuan (Borang DDA) yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah
/ Majistret / Pesuruhjaya Sumpah dengan menyatakan secara jelas cara pembahagian
yang dikehendaki / dipersetujui.
5. Borang Persetujuan (Borang DDA) boleh didapati di mana-mana Unit
Pembahagian Pusaka dan
Pejabat Tanah atau melalui muat turun di laman web ini.
Kaedah pembahagian Harta Pusaka Kecil dibahagikan.
1. Pembahagian pusaka bagi si mati yang
beragama Islam adalah mengikut Hukum Syarak / Faraid.
2. Pembahagian pusaka bagi si mati bukan
Islam adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
3. Pembahagian secara muafakat atau
persetujuan bersama hanya boleh dilaksanakan sekiranya semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati
bersetuju. ia boleh digunakan bagi si mati yang beragama Islam atau bukan Islam.
4. Pembahagian bagi pegangan tanah di bawah
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibuat lebih daripada 2 orang. Sekiranya terdapat
lebih daripada 2 orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada 2 orang sahaja daripada mereka. Maka Pentadbir Tanah boleh melantik Pentadbir kepada harta pusaka
tersebut atau perintah jualan secara tender pegangan itu di kalangan waris di mana hasil jualan akan dibahagikan
mengikut bahagian masing-masing.
5. Jika si mati meninggalkan tanah adat di
daerah Jelebu, Kuala Pilah,Rembau, Tampin atau Jempol, maka pembahagian tanah pusaka adat
tersebut adalah mengikut Enakmen Pemegang Adat (Bab 215) atau Enakmen Pemegang Adat (Tanah Lengkongan) 1960.
Di mana mengikut Enakmen ini
waris-waris yang berhak adalah keturunan perempuan yang sama
sukunya dengan pemilik tanah adat
itu, yang secara khusus mengikut giliran :
a) Anak perempuan
dan cucu-cucu perempuan daripada anak perempuan, walaupun mereka
meninggal dunia lebih awal daripada si mati.
b) Ibu si mati.
c) Saudara
perempuan seibu sebapa dan seibu kepada si mati dan keturunannya
dari
pihak perempuan.
d) Ibu kepada ibu
(wan si mati)
e) Saudara
perempuan seibu sebapa dan seibu kepada wan (ibu kepada si mati) dan
keturunannya dari pihak perempuan.
No comments:
Post a Comment