Prosedur permohonan pembahagian
Harta Pusaka Kecil.
Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil Terbahagi Kepada Dua :
1) Permohonan seksyen 8
Permohonan Seksyen 8 adalah merupakan permohonan awal yang dibuat oleh pemohon bagi memohon
pembahagian harta pusaka. Tempoh yang diambil untuk menyelesaikan permohonan
ini, ialah selama 5 ½ bulan bagi kes-kes yang tidak bermasalah. Setiap
permohonan awal ini hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen utama
seperti berikut :
1. Borang A yang telah lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan
Pesuruhjaya
Sumpah atau Majistret.
Sumpah atau Majistret.
2. Bukti kematian, sama ada :
(a) Sijil Kematian atau
(b) Permit Menguburkan atau
(c) Surat Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang
menyaksikan kematian (bagi kematian
semasa pendudukan Jepun dan zaman sebelumnya) atau
(d) Perintah Anggapan Mati dari Mahkamah Tinggi
(bagi keadaan
seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun dan
Tragedi 13 Mei 1969. Bagi perintah ini hanya boleh
seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun dan
Tragedi 13 Mei 1969. Bagi perintah ini hanya boleh
didapati
selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian)
3. Salinan kad pengenalan pemohon.
4. Salinan kad pengenalan waris.
5. Salinan hak milik atau geran yang diakui sah
oleh Pejabat Tanah atau perakuan
carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih si mati, surat perjanjian jual beli bagi tanah yang belum ada hak milik yang berasingan.
carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih si mati, surat perjanjian jual beli bagi tanah yang belum ada hak milik yang berasingan.
6. Salinan dokumen harta-harta alih si mati,
seperti salinan sijil saham, salinan bank
simpanan, salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada).
simpanan, salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada).
2) Permohonan seksyen 17
- Permohonan
Seksyen 17 adalah permohonan berikutnya yang merupakan permohonan yang
dibuat selepas permohonan awal diselesaikan. Tempoh bagi menyelesaikan
permohonan ini ialah memakan masa selama 3 bulan bagi kes-kes yang tidak
bermasalah.
- Permohonan
berikutnya boleh dibuat dalam keadaan-keadaan berikut :
i) Terdapat harta tertinggal di dalam permohonan awal
ii) Apabila perlu melantik seorang Pemegang Amanah yang
baru
iii) Apabila perlu melantik seorang Pentadbir yang baru
iv) Untuk membatalkan Surat Kuasa Tadbir dan memohon pembahagian
terus dibuat kepada waris-waris si mati.
v) Untuk menarik balik Kaveat Pendaftar.
- Dokumen
yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :
i) Borang P yang lengkap diisi dan Borang P tersebut hendaklah dikemukakan di
Unit Pembahagian Pusaka di
mana permohonan awal (Seksyen 8 atau Borang A)
pembahagian harta si mati terdahulu diselesaikan.
pembahagian harta si mati terdahulu diselesaikan.
ii) Satu salinan perintah awal atau notis perbicaraan
iii) Bagi permohonan yang bertujuan sama ada :
a) Membatal atau
menukar pemegang amanah. Hendaklah mengemukakan satu salinan dokumen
yang telah didaftarkan nama pemegang amanah.
b) Membatal atau menukar
pentadbir. Hendaklah mengemukakan satu salinan dokumen yang telah
didaftar nama pentadbir.
c) Harta tertinggal.
Hendaklah mengemukakan satu salinan harta
tertinggal tersebut.
tertinggal tersebut.
No comments:
Post a Comment